Pantun hadir dalam pelbagai ruang hidup masyarakat Melayu di Malaysia. Masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang peka kepada seni sastera dan juga makna hidup sebagai khalifah di muka bumi ini serta alam yang terbentang sebagai pengajar dan pembayang makna.
Pantun merupakan satu daripada warisan puisi Melayu klasik yang amat popular sepanjang zaman. Pantun sewajarnya terus dipelihara sebagai khazanah masyarakat Melayu yang kaya dengan adat resam, budi bahasa serta keagungan sastera lisan melayu klasik.
0 Comments
|